Sunday, November 2, 2008

Kenangan di IPBA

Selamat bertemu kembali...

Kenangan tinggal kenangan.. Tetapi memori indah bersama rakan-rakan dan pensyarah tidak akan dapat kita lupakan.. Buat rakan rakan semua, saya memorikan kenangan indah kita dalam blog ini.. Sekiranya tuan puan, mempunyai gambar-gambar yang menarik semasa kita berkursus di IPBA, tuan puan bolehlah email di groupkdp4@gmail.com.. Kerjasama tuan puan amat saya hargai...

















Thursday, October 30, 2008

Salam persahabatan..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Buat rakan-rakan seperjuangan Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran (Kohort 5) terutamanya kelas KDP 4. Selamat bertemu kembali di blog ini. Semoga dengan terbinanya blog yang tidak seberapa ini dapat mengeratkan silaturrahim antara kita. Walaupun kita membawa haluan masing-masing, tetapi hubungan yang kita bina semasa kursus ini tidak terhenti setakat ini sahaja. Melalui blog ini kita dapat berhubung dan bertanyakan khabar serta bertukar-tukar pandangan dan ilmu pengetahuan.

Tahniah kepada rakan-rakan semua kerana dengan berkat kesabaran dan kesungguhan tuan puan semua, akhirnya kita berjaya merintangi segala halangan dan dugaan semasa menjalani kursus ini. Terima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa kerana ilmu yang dicurahkan. Jasamu tetap akan kami kenang...